Persatuan Penduduk Taman Langat Ceria (PPTLC)
Taman perumahan yang terletak di Batu 10, Hulu Langat.
Ahad, 21 April 2013
20 April 2013 : Persiapan Mesyuat Agong 2013 PPTLC
Terima kasih kepada wakil penduduk TLC yang meringankan tulang untuk menyediakan tempat bagi melangsungkan Mesyuarat Agung 2013 PPTLC
16 April 2013 - Mesyuarat AJK PPTLC
AJK PPTLC telah mengadakan mesyuarat terakhir sebelum dibubarkan bagi membolehkan pemilihan baru dan mandat baru dari penduduk penduduk TLC.
Perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat ini:
1. Akaun PPTLC
2. Menyenaraikan tugas-tugas yang telah dilaksanakan dan belum terlaksana
3. Isu-isu setempat dan TLC yang perlu diberi perhatian semasa Mesyuarat Tahunan
4. Agenda Mesyuarat Tahunan
5. Persiapan tempat, jemputan dan makanan semasa Mesyuarat Tahunan
Perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat ini:
1. Akaun PPTLC
2. Menyenaraikan tugas-tugas yang telah dilaksanakan dan belum terlaksana
3. Isu-isu setempat dan TLC yang perlu diberi perhatian semasa Mesyuarat Tahunan
4. Agenda Mesyuarat Tahunan
5. Persiapan tempat, jemputan dan makanan semasa Mesyuarat Tahunan
Notis : Mesyuarat Agung 2013 PPTLC Pada 21 April 2013

Adalah dimaklum bahawa Mesyuarat Agung 2013 PPTLC akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 21 April 2013 (Ahad)
Masa : 10.00 page
Tempat : Pondok Pengawal Jalan Utama
Agenda:
1. Bacaan doa
3. Pembentangan laporan kewangan
4. Pembentangan laporan pencapaian & aktiviti
5. Perlantikan Jawatankuasa Baru
6. Kata-kata aluan oleh Yang Dipertua baru
7. Usul
8. Penangguhan Mesyuarat dan Penutup
Tuan-tuan dan puan-puan suami isteri diwajibkan hadir. Kehadiran tuan dan puan ke mesyuarat ini amatlah dihargai untuk kepentingan taman kita dan didahului dnegan jutaan terima kasih.
Ahad, 8 April 2012
8 April 2012 - Bantahan Jajaran TNB

Notis bantahan PPTLC kepada jajaran TNB. Kami tidak menghalang projek ini, tetapi memohon agar jajaran ini dijauhkan dari kawasan TLC.
Posted via BlogPost
Isnin, 16 Mei 2011
16 May 2011 : Mesyuarat Agung PPTLC
Salam Sejahtera.
Tuan-tuan/Puan-puan, adalah dimaklumkan Mesyuarat Agung PPTLC akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: Selasa, 17 Mei 2011
Masa: 10:00 Pagi
Tempat: Lorong 5 (belakang pondok guard)
Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan adalah amat dihargai bagi menjayakan mesyuarat ini.
Ahad, 3 Oktober 2010
2 Oktober 2010 : Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2010
Bersamaan 24 Syawal 1431 Hijrah.
Majlis yang dirancang sudah bermula. Segala persiapan peringkat akhir seperti menyusun kerusi, mengatur makanan dan pinggan mangkuk, membancuh air dan peralatan audio telah selesai dikerjakan.
Kelihatan AJK sambutan Aidilfitri 2010 masing-masing telah sedia dengan berpakaian tradisi lengkap. Ada yang berbaju melayu dan bersamping, ada yang berbaju kurung dan kebaya, bermacam-macam warna. Cukup memeriahkan lagi suasana. Lagu-lagu raya lama dan baru berkumandang membangkitkan lagi suasana berhari raya.
Seawal jam 8:30, iaitu sebaik-baik bermulanya majlis tetamu-tetamu terdekat telah tiba kebanyakkannya non-muslim dan juga kanak-kanak. Kehadiran tetamu disambut sendiri oleh Pengerusi En. Nik dan AJK-AJK berpengalaman seperti En.Rahman, En.Halim dan Setiausaha, En.Shah.
Makanan tidak dihidangkan kerana terdapat berbagai jenis juadah yang disediakan. Makanan diletakkan di satu meja khas mengunakan konsep buffet. Tahun ini makanan disediakan mengunakan perkhidmatan katering dan juga sumbangan dari dari lorong-lorong oleh kaum ibu. Antara makanan yang tersedia untuk dijamah adalah nasi beriyani, laksa, tapai, yong tau fu, popia, meehoon, nasi impit dan sate.
Aturcara majlis walaupun bermula seawal 8:30 malam, tetapi aturcara utamanya adalah ucapan pembukaan dan alu-aluan oleh Pengerusi PPTLC, En. Nik Zuhailan iaitu selepas selesai solat Isyak secara berjemaah di Surau Muizzah, Bukit Raya. Ucapan beliau diikuti dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Ustaz Khalid. Tazkirah yang menekan mengenai hubungan antara manusia mengikut perspektif Islam turut dihayati oleh tetamu-tetamu non-muslim yang sedang menjamu selera.
Bagi memohon keberkatan Allah agar majlis yang dijalankan mendapat keredhaanNYA, tazkirah telah disusuli dengan doa selamat yang turut dibacakan oleh Ustaz Khalid. Majlis diteruskan, dimana semua tetamu diraikan dengan hati yang terbuka, makanan yang lazat, senyuman yang manis, cerita-cerita, gelak ketawa, lagu-lagu raya dan riang ketawa anak-anak yang berlari kesana-sini.
Majlis berlangsung lancar sehinggalah lebih kurang pukul 10:15 malam dimana hujan tiba-tiba turun dengan lebat. Walaupun agak terganggu dengan hujan lebat, tapi tidaklah mengusarkan kerana kebanyakkan tetamu dan jemputan telah pun hadir dan menjamu selera. Hujan lebat berlangsung selama lebih kurang sejam. Tetamu juga semakin kurang-kurang, tapi 2 orang tetamu VIP masih belum tiba walaupun mereka mengesahkan kehadiran mereka.
Lebih kurang pukul 11.15, ketika hujan lebat hampir reda tetamu yang dinantikan tiba iaitu En. Mat Jan Sulong, Pengarah JPD Dusun Tua. Beliau hadir bersama kumpulan beliau. Kehadiran beliau selepas hujan lebat amat bersesuaian kerana beliau dapat beramah mesra dengan warga TLC dengan lebih dekat kerana tidak ramai tetamu yang hadir pada masa tersebut. Beberapa perkara berbangkit telah dibincangkan bersama beliau semasa beliau menjamu selera.
Lebih kurang 10 minit kemudian seorang lagi VIP juga tiba iaitu YB. Ismail Sani, ADUN Dusun Tua. Beliau hadir bersama isteri dan kumpulan beliau. Kedua-duanya VIP tersebut sempat meluangkan masa bersama untuk minum sebelum En. Mat Jan meminta izin untuk mengundurkan diri dan pergi ke lokasi seterusnya. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau kerana tetap meluangkan masa untuk hadir pada setiap majlis yang kami adakan.
Kehadirang YB. Ismail Sani yang agak lewat telah menjadikan beliau tetamu terakhir yang hadir. Walaupun begitu tidak menjadi masalah kepada kami, kerana kami dapat beramah mesra dengan beliau. Berbincang tentang keadaan semasa dan beberapa perkara berbangkit yang melibatkan Taman Langat Ceria.

Tepat jam 12 tengah malam YB. Ismail Sani telah memohon untuk mengundurkan diri dan secara tak langsung juga memang majlis kami telah dirancang untuk tamat jam 12 tengah malam. Setelah bergambar bersama beliau maka majlis Sambutan Hari Raya Aidulfitri 2010 pun ditamatkan secara rasminya.
Semua yang terlibat nampak berpuas hati dengan perjalanan majlis tahun ini. Acara seterusnya adalah kemas mengemas yang mengambil masa lebih kurang 2 jam. Dengan itu tamat lah perjalanan sambutan tahun ini.
Diharap dengan berakhirnya majlis ini, ikatan silaturrahim dan toleransi antara warga PPTLC dapat ditingkatkan dan dikukuhkan.
Moga berjumpa lagi tahun depan. InsyaAllah.
Sekian laporan saya.
Sabtu, 2 Oktober 2010
1 Oktober 2010 : Persiapan Malam Terakhir Sebelum Majlis Sambutan Aidilfitri
Majlis yang dirancang semakin hampir, perancangan sebelum ini sedang dilaksanakan. Pada malam ini perbincangan ataupun mesyuarat terakhir sebelum majlis berlangsung malam esok telah diadakan dirumah En. Azahari.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En.Shah iaitu selaku Setiausaha PPTLC. Perkara-perkara yang telah dibincangkan adalah mengenai pembahagian tugas, penyusunan kerusi dan meja, aturcara majlis, kerja-kerja sebelum dan selepas majlis dan beberapa ingatan kepada semua yang terlibat.
Kami mendoakan agar majlis esok dapat berjalan dengan lancar dan moga diberkati Allah dan dapat mengeratkan lagi Silatulrahim antara penduduk Taman Langat Ceria dan juga kawasan sekitar. InsyaAllah.
Video lawatan ke tapak majlis.
Langgan:
Ulasan (Atom)















