Harap Maklum
Taman perumahan yang terletak di Batu 10, Hulu Langat.
Selasa, 15 September 2009
15 Septembar 2009 : Majlis Sambutan Hari Raya PPTLC - Terkini
Atas beberapa masalah teknikal, majlis sambutan yang dirancang untuk diadakan pada 10 Oktober 2009 terpaksa dipinda ke tarikh 17 Oktober 2009. Lain-lain perancangan masih dikekalkan.
Rabu, 9 September 2009
6 September 2009 : Mesyuarat Sambutan Hari Raya 2009
Mesyuarat ini adalah lanjutan kepada cadangan untuk mengadakan majlis sambutan hari raya ataupun openhouse PPTLC. Mesyuarat dihadiri oleh hampir semua warga TLC yang muslim.Mesyuarat dimulakan pada 10 pagi oleh setiausaha PPTLC, En. Shah. Beliau telah membuka mesyuarat kepada semua untuk mencadangkan dan membincangkan agenda, jawatankuasa, tetamu dan makanan bagi sambutan hari raya yang akan diadakan.
Secara kesimpulannya mesyuarat telah bersetuju untuk mengadakan majlis sambutan hari raya pada 10 Oktober 2009 selepas maghrib. Beberapa AJK telah dibentuk seperti AJK penyediaan makanan, keselamatan dan kebersihan, pengurusan tetamu dan peralatan majlis.
Mesyuarat juga bersetuju untuk membuat kutipan sebanyak RM 50 bagi setiap rumah untuk menampung perbelanjaan majlis. Manakala menu utama juga telah ditetapkan (tak perlu saya nyatakan disini) disamping potluck dari individu-individu yang ingin menyumbangkan makanan.
Tetamu pula adalah warga TLC yang bukan muslim, qariah Madrasatul Muizzah, wakil persatuan taman-taman berhampiran TLC, pemimpin kawasan Hulu Langat, AJK Masjid Sg. Serai dan beberapa lagi kumpulan dan individu yang akan ditetapkan kemudian.
Diharap majlis ini dapat dijalankan dengan sempurna dan dapat mengeratkan lagi warga TLC dengan penduduk setempat dan jiran-jiran yang berhampiran dengan TLC.




Langgan:
Ulasan (Atom)