Aktiviti yang dicadangkan :
- Aktiviti air seperti mandi manda, memancing dan menjaring ikan.
- Aktiviti berkumpulan seperti BBQ, memasak dan bersosial
- Aktiviti untuk anak-anak.
- Bermalam di dalam khemah.
Tempat yang dicadangkan adalah berhampiran dengan sungai dan ladang kelapa sawit. Berhampiran juga dengan jalan raya.
Kami sedang mengumpulkan keluarga yang berminat untuk menyertai perkhemahan ini. Aktiviti akan diselaraskan oleh pakar yang berpengalaman iaitu En. Fuad.
Kos yang dijangkakan :
- Perjalanan KL -> Bidor -> KL
- Makanan (sendiri dan kumpulan)
- Peralatan perkhemahan (bagi yang tiada)
Untuk membuat pengesahan dan persetujuan bolehlah daftar di Facebook Page TamanLangatCeria atau berhubung dengan En. Azahari