Isnin, 15 Disember 2008

Laporan : Mesyuarat AJK PPTLC - 13 Dec 2008

Mesyuarat yang dirancang telah dijalankan walaupun kehadiran tidak begitu memberangsangkan. Mesyuarat telah diadakan di kedai mamak berhampiran Sekolah Rendah Sg Serai. Perbincangan telah diadakan sehingga tokeh kedai halau kitaorang balik.

Beberapa perkara telah dibincangkan.

Perbincangan :
- Masalah kewangan persatuan
- Keselamatan

Perancangan :
- Mengadakan mesyuarat rasmi AJK PPTLC
- Mengadakan mesyuarat tahunan PPTLC

Agenda yang dijangkan dibincangkan pada mesyuarat yang akan diadakan :
- Masalah kewangan dan cara mengatasinya
- Penyelarasan kutipan bayaran servis bulanan
- Organisasi PPTLC
- Keselamatan ( Guard dan pagar belakang rumah)
- Laporan tahunan aktiviti dan kewangan PPTLC
- Perancangan aktiviti sepanjang tahun 2009
- Lain-lain perkara berbangkit

Rabu, 10 Disember 2008

Ibadah Korban : Hijrah 1429 / 2008


Rakyat Malaysia yang beragama Islam sekali lagi menyambut Hari Raya AidilAdha pada hari Isnin lepas. Hari Raya Korban Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, yang merupakan rukun Islam kelima yang terakhir bagi mereka yang mampu, dan menandakan bermulanya ibadat korban untuk dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit berbanding Hari Raya Aidil Fitri.

Saya telah bersama-sama dengan penduduk di Changkat Lada, Kg. Gajah, Perak untuk melaksanakan ibadah korban. 5 ekor lembu telah dikorbankan dan dibahagikan kepada seluruh penduduk setempat dan yang memerlukan. Majlis korban disini telah dikelolakan oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kg. Gajah. Aktiviti mereka boleh dilihat di http://paspasirsalak.blogspot.com/

Mesyuarat AJK PPTLC

Mesyuarat AJK PPTLC akan diadakan seperti dibawah:

Tarikh :- 13 Dec 2008
Masa :- 9:00 Malam
Tempat :- Pondok Pengawal

Agenda akan dimaklumkan kelak. Kedatangan adalah wajib.

Borang Pendaftaran Anak Kariah

Kepada warga TLC yang beragama Islam, sila dapatkan Borang Pendaftaran Anak Kariah Masjid / Surau Seluruh Negeri Selangor dari Abg Rahman atau Nazrin. Borang hanya perlu diisi bagi warga yang berumur 18 tahun keatas. Sila kembalikan borang yang telah diisi bersama salinan kad pengenalan kepada Abg Rahman sebelum Jumaat 12 Dec 2008.

Kenduri Tahlil - Keluarga Ridzal


Sepatutnya update selepas kenduri Jumaat lepas. Tapi malas punya pasal sekarang baru update. Kenduri macam biasa buat tahlil dan doa selamat oleh imam dari Madrasah Muizzah. Madrasah yang terletak paling hampir dengan TLC.

Makanan yang disediakan oleh tuan rumah adalah seperti ayam masak merah, ikan goreng, sayur goreng, ulam-ulam kampung seperti petai, jering, kerdas, pegaga dan ulam raja. Tak lupa telur masin pun ada gak. Ada yang tambah malam tu.

Selepas kenduri beberapa AJK mengambil kesempatan untuk berbincang terutama AJK Kewangan dan wakil-wakil jalan untuk selaraskan kutipan bayaran bulanan PPTLC.

Isnin, 1 Disember 2008

Penduduk TLC masuk surat khabar lagi : Berita Harian

Gotong royong kali nie memang mendapat mendapat sambutan. Ingatkan dari penduduk TLC je. Rupa-rupanya pihak akhbar juga amat berminat untuk memaparkan maklumat-maklumat program kerakyatan seperti yang dianjurkan PPTLC.

Sila baca baca laporan yang disediakan oleh Berita Harian (1 Dec 2008)

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Rencana/20081201111516/Article/index_html

p/s : agak2 nya aktiviti begini memang kurang mendapat sambutan. Seperti minggu lepas Taman Sri Nanding ada buat gotong royong, tapi kurang mendapat sambutan jadi hasil gotong royong agak hambar atau mungkin disebabkan oleh Taman Sri Nanding terlalu besar iaitu ada lebih kurang 1000 rumah kalau tak silap. Agak je hehehe

Apa-apa hal tahniah kepada AJK PPTLC dan penganjur gotong royong.

Ahad, 30 November 2008

Mailing List PPTLC

Semua dijemput untuk join mailing list PPTLC untuk memudahkan koloborasi secara online dan email. Alamat mailing list

http://groups.google.com/group/tamanlangatceria?lnk=gcimh

dan klik pada pautan 'Join this group'. Seterusnya ikut arahan yang diberikan pada borang.

Gotong Royong Candid

Gambar-gambar yang tertangkap semasa gotong royong 16 Nov 08. Collage style untuk mudah download dan size yg kecil kalau nak tengok semua gambar.

Gambar-gambar lain boleh tengok kat sini:
TLC - Gotong Royong 16 Nov 2008

Jumaat, 28 November 2008

TT 20081124

24 Nov lepas beberapa bapak2 telah ber 'TT' di kedai mamak Aziz, Kg Melaka.

Antara perkara-perkara yang dibincangkan :
- Cadangan gotong royong kecil-kecilan utk membersihkan kawasan di sekitar jalan masuk ke TLC dan berhampiran post guard.
- Masalah-masalah rumah seperti crack, electrical dan bocor dan tindakan yang telah diambil oleh developer, HTH
- Perkembangan perkhidmatan security
- Cerita-cerita minum teh tarik yg lain-lain (takkan nak habaq kot)

Khamis, 27 November 2008

Gotong Royong V1

16 November 2008, Persatuan Penduduk Taman Langat Ceria (PPTLC) telah mengadakan satu aktiviti kemasyarakatan iaitu gotong royong untuk membersihkan sekita TLC.

Gotong royong telah disertai hampir semua penduduk TLC tidak mengira umur dan bangsa. Sibuk-sibuk pun masih sempat jugak bergotong royong.

Aktiviti dimulakan seawal 8 pagi, dimana semua dlm keadaan yg bersemangat walaupun sebenarnya tak mandi pun lagi. Tanpa ada ucapan alu-aluan dari penganjut (PPTLC) iaitu bro Atan semua terus berkejar untuk membersihkan pagar.

Setelah hampir sejam berkerja, barulah pihak penganjur memaksa semua berhenti untuk diadakan briefing dan kata alu-aluan dari wakil PPTLC dan penganjur (sebenarnya makan yg lebih).

Gotong royong yg pertama kali ini meliputi kerja-kerja membersih
- pagar
- longkang
- sampah
- menanam pokok buah-buahan di sekitar TLC

Aktiviti gotong royong telah ditamatkan secara tak rasmi selepas makan tengah hari yang disediakan oleh kaum ibu dibawah seliaan Mak Ngah.

Aktiviti ini juga telah mendapat perhatian pihak media.

Penduduk Prihatin

Lori... lori... lori......

Walaupun baru saja menetap di TLC, tapi kebanyakkan penduduk di TLC telah lama tinggal di sekitar Hulu Langat dan ada juga yang memang kampungnya adalah di Hulu Langat.

Tapi masalahnya lori-lori tanah Kuari Sg. Long ni juga dah lama bermaharajalela di Hulu Langat, membahayakan keselamatan pengguna-pengguna jalan raya. Dah la membahayakan merosakkan jalan pulak tu dan membuat habuk. Bila jalan rosak kereta pun cepat rosak, absorber dan sportrim bila hantar service ada je yang perlu repair dah tukar. Batu kena cermin kereta jgn cerita la.

Puncanya lori-lori ni la.

Kalau penduduk Langat boleh maju seperti mendapatkan rumah yang lebih sempurna di TLC kenapa tidak ada tindakan diambil pada lori-lori ni dan mungkin juga kepada syarikat yang mengusahakannya walaupun masalah ni sudah berlaku bertahun-tahun.

Atas usaha pihak media iaitu Sinar Harian dan Kosmo perkara ini telah disebarkan untuk pengetahuan umum agar pihak-pihak yang berwajib dapat membuka mata dan melaksanakan tanggungjawab meraka.

Beberapa komen dari penduduk TLC juga telah dimasukkan di dalam laporan Sinar Harian (sapa lagi kalau bukan atan dan usin)

Ahad, 16 November 2008

Langkah pertama....

Blog ini di cipta sebagai halaman komuniti online bagi penduduk Taman Langat Ceria, Hulu Langat.

Matlamat:

1) Integrasi antara penduduk dimana-mana dan bila-bila masa
2) Hebahan maklumat dan aktiviti
3) Merekod aktiviti dan acara
4) Lain-lain perkara yang berkaitan dengan Taman Langat Ceria