Isnin, 15 Disember 2008

Laporan : Mesyuarat AJK PPTLC - 13 Dec 2008

Mesyuarat yang dirancang telah dijalankan walaupun kehadiran tidak begitu memberangsangkan. Mesyuarat telah diadakan di kedai mamak berhampiran Sekolah Rendah Sg Serai. Perbincangan telah diadakan sehingga tokeh kedai halau kitaorang balik.

Beberapa perkara telah dibincangkan.

Perbincangan :
- Masalah kewangan persatuan
- Keselamatan

Perancangan :
- Mengadakan mesyuarat rasmi AJK PPTLC
- Mengadakan mesyuarat tahunan PPTLC

Agenda yang dijangkan dibincangkan pada mesyuarat yang akan diadakan :
- Masalah kewangan dan cara mengatasinya
- Penyelarasan kutipan bayaran servis bulanan
- Organisasi PPTLC
- Keselamatan ( Guard dan pagar belakang rumah)
- Laporan tahunan aktiviti dan kewangan PPTLC
- Perancangan aktiviti sepanjang tahun 2009
- Lain-lain perkara berbangkit

Rabu, 10 Disember 2008

Ibadah Korban : Hijrah 1429 / 2008


Rakyat Malaysia yang beragama Islam sekali lagi menyambut Hari Raya AidilAdha pada hari Isnin lepas. Hari Raya Korban Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, yang merupakan rukun Islam kelima yang terakhir bagi mereka yang mampu, dan menandakan bermulanya ibadat korban untuk dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit berbanding Hari Raya Aidil Fitri.

Saya telah bersama-sama dengan penduduk di Changkat Lada, Kg. Gajah, Perak untuk melaksanakan ibadah korban. 5 ekor lembu telah dikorbankan dan dibahagikan kepada seluruh penduduk setempat dan yang memerlukan. Majlis korban disini telah dikelolakan oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kg. Gajah. Aktiviti mereka boleh dilihat di http://paspasirsalak.blogspot.com/

Mesyuarat AJK PPTLC

Mesyuarat AJK PPTLC akan diadakan seperti dibawah:

Tarikh :- 13 Dec 2008
Masa :- 9:00 Malam
Tempat :- Pondok Pengawal

Agenda akan dimaklumkan kelak. Kedatangan adalah wajib.

Borang Pendaftaran Anak Kariah

Kepada warga TLC yang beragama Islam, sila dapatkan Borang Pendaftaran Anak Kariah Masjid / Surau Seluruh Negeri Selangor dari Abg Rahman atau Nazrin. Borang hanya perlu diisi bagi warga yang berumur 18 tahun keatas. Sila kembalikan borang yang telah diisi bersama salinan kad pengenalan kepada Abg Rahman sebelum Jumaat 12 Dec 2008.

Kenduri Tahlil - Keluarga Ridzal


Sepatutnya update selepas kenduri Jumaat lepas. Tapi malas punya pasal sekarang baru update. Kenduri macam biasa buat tahlil dan doa selamat oleh imam dari Madrasah Muizzah. Madrasah yang terletak paling hampir dengan TLC.

Makanan yang disediakan oleh tuan rumah adalah seperti ayam masak merah, ikan goreng, sayur goreng, ulam-ulam kampung seperti petai, jering, kerdas, pegaga dan ulam raja. Tak lupa telur masin pun ada gak. Ada yang tambah malam tu.

Selepas kenduri beberapa AJK mengambil kesempatan untuk berbincang terutama AJK Kewangan dan wakil-wakil jalan untuk selaraskan kutipan bayaran bulanan PPTLC.

Isnin, 1 Disember 2008

Penduduk TLC masuk surat khabar lagi : Berita Harian

Gotong royong kali nie memang mendapat mendapat sambutan. Ingatkan dari penduduk TLC je. Rupa-rupanya pihak akhbar juga amat berminat untuk memaparkan maklumat-maklumat program kerakyatan seperti yang dianjurkan PPTLC.

Sila baca baca laporan yang disediakan oleh Berita Harian (1 Dec 2008)

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Rencana/20081201111516/Article/index_html

p/s : agak2 nya aktiviti begini memang kurang mendapat sambutan. Seperti minggu lepas Taman Sri Nanding ada buat gotong royong, tapi kurang mendapat sambutan jadi hasil gotong royong agak hambar atau mungkin disebabkan oleh Taman Sri Nanding terlalu besar iaitu ada lebih kurang 1000 rumah kalau tak silap. Agak je hehehe

Apa-apa hal tahniah kepada AJK PPTLC dan penganjur gotong royong.