Gotong royong telah disertai hampir semua penduduk TLC tidak mengira umur dan bangsa. Sibuk-sibuk pun masih sempat jugak bergotong royong.
Aktiviti dimulakan seawal 8 pagi, dimana semua dlm keadaan yg bersemangat walaupun sebenarnya tak mandi pun lagi. Tanpa ada ucapan alu-aluan dari penganjut (PPTLC) iaitu bro Atan semua terus berkejar untuk membersihkan pagar.
Setelah hampir sejam berkerja, barulah pihak penganjur memaksa semua berhenti untuk diadakan briefing dan kata alu-aluan dari wakil PPTLC dan penganjur (sebenarnya makan yg lebih).
Gotong royong yg pertama kali ini meliputi kerja-kerja membersih- pagar
- longkang
- sampah
- menanam pokok buah-buahan di sekitar TLC
Aktiviti gotong royong telah ditamatkan secara tak rasmi selepas makan tengah hari yang disediakan oleh kaum ibu dibawah seliaan Mak Ngah.
Aktiviti ini juga telah mendapat perhatian pihak media.
Bagi menyahut seruan kerajaan...
BalasPadam'KEBERSIHAN ADALAH TANGGUNG JAWAB BERSAMA'...program ini adalah salah satu langkah dan kesedaran yang telah diambil oleh warga TLC...SYABASS TLC...
Kpd yang sedang atau akan buat 'UBAHSUAI RUMAH' pastikan sampah dan sisa bahan binaan rumah anda tidak masuk kedalam longkang kerana pkra ini boleh menyebabkan longkang tersumbat atau dekat sekitar TLC yang boleh mencacat kan pemandangan...buang lah kedalam TONG yang boleh disewa dari pihak tertentu..kebersihan bukan dlm rumah kite je kat luar pun kene jage gak...wokeyhh ahhh..