
Sepatutnya update selepas kenduri Jumaat lepas. Tapi malas punya pasal sekarang baru update. Kenduri macam biasa buat tahlil dan doa selamat oleh imam dari Madrasah Muizzah. Madrasah yang terletak paling hampir dengan TLC.Makanan yang disediakan oleh tuan rumah adalah seperti ayam masak merah, ikan goreng, sayur goreng, ulam-ulam kampung seperti petai, jering, kerdas, pegaga dan ulam raja. Tak lupa telur masin pun ada gak. Ada yang tambah malam tu.
Selepas kenduri beberapa AJK mengambil kesempatan untuk berbincang terutama AJK Kewangan dan wakil-wakil jalan untuk selaraskan kutipan bayaran bulanan PPTLC.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam