Ahad, 1 Februari 2009

Penambahbaikan Online Komuniti PPTLC

Atas alasan sibuk dan tanggungjawab kepada tugas2 hakiki saya tidak dapat mengemaskini perkembangan terkini di Taman Langat Ceria akhir-akhir ini.

Buat masa ini beberapa inisiatif sedang dilakukan untuk menambahbaik fungsi-fungsi komuniti online PPTLC. Penambahbaikan ini adalah hasil cadangan dan sumbangan dari En. Aidil. Beliau dengan berbesar hati telah mendaftarkan satu hosting dan domain untuk Persatuan Penduduk Taman Langat Ceria.

Domain yang telah didaftar adalah http://www.tamanlangatceria.com

Buat masa ini beliau telah memasang satu aplikasi komuniti online pada hosting yang didaftarkan bersama domain tadi. Aplikasi tadi mempunyai fungsi seperti dibawah

1. Berita / News
2. Album Gambar / Photo Gallery
3. Blog.
4. Email

Kami bercadang untuk memberi akses kepada seluruh penduduk Taman Langat Ceria tidak kira ibu, bapa, anak dan ahli keluarga. Semua yang mempunyai akses akan dibenarkan untuk mengunakan fungsi-fungsi yang dinyatakan tadi.

Jadi saya dan Aidil memohon pandangan dan cadangan dari warga Taman Langat Ceria bagi menambahbaik laman komuniti ini. Diharap kami dapat menyiapkan nya secepat yang mungkin.

Jemput lah melawat ke : http://www.tamanlangatceria.com

1 ulasan:

  1. SYABAS...en.fakhrun nd en.aidil sya warga TLC menyokong ushabaik tuan2..dlm mengenalkan segala pendedahan kpd semua utk tujuan kebaikan..all the best t.q

    BalasPadam