Ahad, 7 Februari 2010

31 Januari 2010 : Penyelenggaraan Penghalang Jalan

Bukan setakat mutu pengawal keselamatan saja yang perlu ditingkatkan, penghalang jalan juga perlu diselenggara. Setelah dipasang dan diletakkan lebih kurang satu setengah tahun dulu beginilah keadaan palang dan tong keselamatan.


Palang masih dalam keadaan balik dan cuma perlu penyelenggaraan sahaja, tetapi tong nampak dah cukup uzur. AJK PPTLC telah membeli tong drum untuk mengantikan tong plastik yang nyata tidak cukup kuat untuk bertahan dengan cuaca Malaysia yang panas dan hujan sepanjang tahun.

Kali ini tidak ramai yang terlibat, memang sengaja tak panggil ramai-ramai kerana peralatan penyelenggaraannya sedikit. Jadi, hanya warga TLC yang tegar sahaja dipanggil.


Palang dibersihkan sebelum dicat semula, begitu juga dengan tong drum yang baru dibeli (tak la baru mana, dah 2 minggu tersadai tak dikerjakan).




Setelah hampir 3 jam, maka siaplah proses penyelenggaraan penghalang keselamatan TLC. Gambar dah siap tak dapat ambil sebab kamera dah habis bateri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan