Malang memang tidak berbau, tapi tidak dipinta. Begitulah nasib yang menimpa keluarga Pak Tamam pagi ini. Kejadian berlaku lebih kurang jam 2:30 pagi. Satu kebakaran telah berlaku dirumah Pak Tamam yang menyebabkan ruang tamu utama rumah beliau musnah. Pada waktu kejadian Pak Tamam berada di Johor, hanya keluarga sahaja berada dirumah. Kejadian disedari apabila sofa tiba-tiba terbakar. Mujur suara pertolongan didengari oleh jiran-jiran terdekat.
Bantuan segera diberikan dan dapat dipadamkan sebelum merebak ke ruangan lain. Pihak Bomba juga telah sampai ke tempat kejadian bagi memastikan api dipadamkan dengan sempurna dan menenangkan keluarga Pak Tamam dan penduduk TLC.
Menurut Pak Tamam setelah disiasat oleh Bomba, kebakaran berpunca dari percikan api dari socket elektrik di ruang tamu utama lalu menyambar ke sofa yang amat mudah terbakar. Jumlah kerugian tidak dapat dipastikan.
Sebagai peringatan semua warga TLC diminta berhati-hati dan sentiasa memantau struktur pendawaian elektrik dirumah kita. Antara langkah-langkah yang boleh diambil adalah:
1. Memastikan menutup suiz atau peralatan elektrik yang tidak digunakan
2. Periksa soket elektrik mungkin ada yang panas atau dipasang tidak sempurna.
3. Perhatikan kalau ada lampu-lampu yang sering terbakar atau sekejap terang sekejap malap
4. Peralatan elektrik yang tidak berfungsi mengikut tabii nya.
5. jika ada kemampuan panggil lah jurutera elektrik yang bertauliah untuk memeriksa struktur pendawaian dirumah kita. kerana terdapat komen dari beberapa rumah yang pendawaian dilakukan dengan tidak kemas, sambungan yang tidak ditutup kemas dan kabel yang kurang berkualiti.
Jawatankuasa PPTLC diminta agar dapat meminta pihak pemaju TLC untuk membuat pemeriksaan semula kepada struktur pendawaian elektrik di rumah-rumah TLC.
Selain itu mungkin kepada yang mampu dan berminat boleh membeli pemadam api (fire extinguisher) untuk disimpan dirumah masing-masing sebagai persediaan diwaktu-waktu mendesak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan