
ada satu lagi review ahad lepas dalam Mingguan Metro, lupa nak ambik gambar. Tapi artikelnye ada kat bawah nie :
--------------------------------------------------------
Pencawang dekat rumah
Oleh MUHD IZAWAN BAHARIN
izawan@hmetro.com.my
KAJANG: Taklimat Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada penduduk Taman Langat Ceria (TLC) untuk menjelaskan mengenai pembinaan pencawang elektrik bervoltan tinggi berhampiran kawasan perumahan itu di Dewan Dato' Nazir Ulu Langat, di sini, semalam, bertukar menjadi sesi luahan tidak puas hati orang ramai.
Penduduk tidak puas hati kerana pembinaan pencawang terlalu hampir dengan rumah, iaitu pada jarak 43 meter yang boleh memberi kesan jangka panjang terhadap keselamatan serta keselesaan mereka.
Mereka juga tidak berpuas hati kerana tidak dimaklumkan terlebih dulu daripada mana-mana pihak, termasuk pemaju dan TNB mengenai projek pembinaan itu sebelum menduduki kediaman yang berharga antara RM260,000 hingga RM650,000.
Setiausaha Persatuan Penduduk TLC, Shahrizan Muhamad Kasim, 37, berkata mereka hanya menyedari mengenai projek itu selepas mengambil inisiatif sendiri bertanya kepada pekerja di situ.
“Sejak awal tahun lalu, kami dapati kawasan bersebelahan taman yang terletak kira-kira 200 meter dari sebuah sekolah berhampiran dibersihkan. Kami tertanya-tanya untuk apa sehinggalah diberitahu pekerja di situ, mereka mahu membina pencawang elektrik,” katanya yang ditemui, semalam.
Menurutnya, penduduk kemudian menghantar surat pada 1 Mei lalu memohon penjelasan TNB dan menerima jawapan hujung bulan itu seterusnya sesi taklimat semalam.
“Sesi taklimat ini bagaimanapun gagal memuaskan hati penduduk yang mahu pencawang itu dianjakkan jauh sedikit atau memasang kabel bawah tanah kerana ia terlalu hampir dengan kawasan perumahan,” katanya.
Disebabkan tidak berpuas hati dengan penjelasan TNB melalui taklimat itu, Shahrizan berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat sebelum memutuskan tindakan selanjutnya.
“Dalam pertemuan tadi, TNB berjanji akan membawa isu ini ke pengetahuan pihak atasan mereka, jadi kami akan lihat keputusannya sebelum mengambil tindakan lanjut,” katanya.
Penduduk, Azhari Yaacob, 39, berkata penduduk bukan menentang pembangunan tetapi mempersoalkan kenapa ia dibina terlalu dekat dengan kediaman.
“Saya membeli rumah di sini kerana mahu lari dari kesibukan kota tetapi malangnya keselesaan dan keselamatan yang saya impikan untuk keluarga diancam dengan pembinaan pencawang terlalu hampir dengan kediaman.
“Mereka membina terlebih dulu sebelum memberitahu kami, kenapa mereka tidak mengadakan perbincangan sebelum memulakan projek itu,” katanya.
Seorang lagi penduduk, Mohd Basri Ahmad, 37, berkata dia amat kecewa kerana ketika sesi taklimat itu dilakukan, kerja pembinaan turut berjalan pada masa sama.
“Buat apa kami berdebat di sini, sedangkan di tapak berkenaan kerja pembinaan giat dilakukan. Mereka sepatutnya menghentikannya buat sementara waktu,” katanya.
Sementara itu, seorang wakil TNB ketika memberi penjelasan kepada penduduk dalam sesi taklimat itu, berkata pembinaan pencawang itu menepati kehendak spesifikasi jarak yang selamat.
“Talian penghantaran ini terpaksa melalui kawasan perumahan kerana ia akan disambungkan kepada pencawang besar di Salak Selatan terus ke Taman Mahkota Cheras dan disambung ke Dengkil,” katanya.
salam...1 malaysia...walaupun sesi penerangan atau sesi berdailog antara TNB dan penduduk Tmn.lgt ceria berkaitan projek high voltan cable telah diadakan baru2 ini saya dapat rasakan bahawa penyelesaian masih blm lg tercapai ini berikutan TNB tidak lagi menjawab apa2 perkembangan brkaitan sesi tersebut..ini amat lah mengecewakan..saya selaku Ajk PPTLC dan yg lain2..akan melawan habis habisan sehinga satu penyelesaian tercapai...sabar tggu dan lihat....ARIE
BalasPadam