Ahad, 7 Februari 2010

7 February 2010 : Nelayan Tegar Sg. Langat

Hari ini ada majlis tahlil dan doa selamat di rumah En.Rozain. Seperti biasa majlis dihadiri oleh warga TLC dan kariah Madrasah Muizzah. Bila dah berjumpa macam biasa adalah rancangan aktiviti ad-hoc di petang Ahad.

Seperti biasa pemanjat bukit tegar, En.Hashim memulakan cadangan untuk memanjat bukit. Tapi disebabkan didepan mata ada sup tulang dan cuaca juga amat panas, ramai yang menolak. Tiba-tiba tuan presiden datang dengan idea lebih menarik, pergi menjaring ikan dan berakit di Sg. Langat (sungai nie dekat je dengan TLC, jalan kaki je). Ramai yang setuju, jadi set pukul 5:30 petang dekat post guard.

Elok sahaja jam 5:30 petang hujan turun, jadi aktiviti dimulakan lambat lebih kurang pukul 6:15. Pergi ke lokasi dengan menaiki motosikal dan disambung dengan berjalan kaki melalui denai dusun.


Sampai disungai, nampak tuan punya jaring sudah pun mula membersihkan jaring dan mengutip hasil tangkapan dan beliau telah membawa rakit kesebelah sana sungai. Rakit diambil bagi membolehkan kami ke sebelah sana sungai.

(Atan dengan semangatnya telah berenang utk mengambil rakit)

Rupa-rupanya hasil petang ni agak lumayan. Seekor jelawat/lampam seberat 1.5 kg telah tersangkut dijaring. Rezeki kariah surau malam esok.

(muka-muka kepuasan)

(buaya nak makan ikan)

Lebih kurang setengah jam, bermain air dan berakit. Kami pulang. Jadi kepada yang berminat nak merasakan ikan-ikan yang ditangkap di Sg. Langat, dijemput untuk berjemaah di Madrasah Muizzah pada Isnin malam Selasa.

(lama dah tak main air sungai, Pak Tamam sanggup lagi nak berenang menyeberang sungai)

1 ulasan:

  1. pak tamam boleh tahan lagi tu...berenang sampai ke seberang..

    BalasPadam