Aktiviti dimulakan selepas Asar atau lebih tepat pukul 5 petang. Seelok-elok berkumpulan, hujan telah menyambut kumpulan pendaki menyebabkan 2-3 orang pendaki mula kehampaan dan ingin menyambung tidur (sedap jugak tu hehehe). Tapi disebabkan beberapa pendaki lain yang cekal dan ingin meneruskan agenda, akhirnya seramai 10 orang pendaki tegar telah dapat dikumpulkan.
Setelah menunggu seketika, lebih kurang jam 5:20 petang langkah pendakian dimulakan. Kami tiba di stesyen pertama rumah "Wak Bukit" 25 minit selepas itu. Beberapa pendaki sudah mula menunjukkan muka dan nafas keletihan. Setelah berehat, berbincang dan sedikit penerangan pendakian diteruskan dengan hanya 9 orang. Seorang pendaki mengambil keputusan untuk berehat kerana beliau belum bersedia dari segi fizikal.
Pendakian diteruskan melalui jalan bukit yang licin dan cerun. 2-3 orang pendaki telah tergelincir tapi masih meneruskan perjalanan. Saya juga hampir gagal untuk kepuncak, tapi dorongan dari rakan-rakan saya teruskan. Akhirnya kami semua (9 orang) tiba dipuncak lebih kurang jam 6:20 petang. Saya adalah peserta terakhir tiba.
Setibanya di atas, aktiviti bergambar dan berehat sebelum turun semula tepat jam 6:30 petang. Kami cuba turun sepantas yang mungkin untuk pastikan tiba semula ke TLC sebelum Maghrib. Disebabkan turun dalam keadaan tergesa-gesa banyak pendaki telah tergelincir, namun semua masih selamat tanpa sebarang kecederaan kecuali kecederaan akibat digigit pacat.
Setibanya di pondok "Wak Bukit", kami bergambar sedikit dan teruskan perjalanan pulang. Kami tiba di pondok pengawal TLC lebih kurang 10 minit selepas azan Maghrib.
Kesimpulan, semua pendaki berpuas hati dengan aktiviti pada hari ini. Dan insyaAllah akan melakukannya lagi kemudian hari.
p/s : saya dimaklumkan ada kumpulan wanita TLC yang menyusul kami dibelakang, tetapi patah semua kerana tidak tahu jalan pendakian.
p/s : Keesokkan harinya (Ahad), En. Danial dan Hasyim secara beregu telah memanjat bukit di Cheras (saya tak tau bukit yang mana). Walaupun begitu syabas kepada mereka.








Tiada ulasan:
Catat Ulasan