Ahad, 3 Januari 2010

1 Januari 2010 - Tahun Baru dan Kesyukuran

Tahun baru disambut meriah diseluruh dunia. Malaysia secara amnya turut menyambut tahun baru masehi seperti negara-negara lain bagi menghormati semangat berbilang kaum dan warga asing yang tinggal di Malaysia. Berbagai aktiviti hiburan, kebudayaan dan keagamaan dijalankan pada malam tahun baru.

Kami warga TLC juga turut meraikan tahun baru secara tak langsung. En. Rosli dan keluarga telah menjemput warga TLC muslim dan kariah Madrassah Muizzah untuk bacaan yassin dan tahlil dirumah beliau pada malam tahun baru. Secara tak langsung meneruskan program bacaan yassin dah tahlil dari rumah kerumah TLC setiap malam Jumaat.

Pada siang tahun baru pula warga TLC dijemput oleh En. Basir ke kandang kambing beliau dan rakan-rakan di Sg. Lui untuk majlis bacaan yassin dan doa kesyukuran kerana usahanya telah membuahkan hasil dan ingin meraikan bersama rakan-rakan TLC.



Keesokkan harinya (Sabtu), kami telah dijemput oleh En. Rahman ke majlis kenduri arwah keluarga beliau. Kami warga TLC amat berbangga kerana wujudnya majlis dan aktiviti yang dapat mengeratkan lagi sillaturrahim dan secara tak langsung mengingatkan warga TLC agar sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki yang dikurniakan oleh Ilahi.

p/s: yg penting kambing totap ada setiap kenduri..... hahahah




Tiada ulasan:

Catat Ulasan