Ahad, 3 Januari 2010

Info - Kuari Sg. Long

TLC dan Kuari Sg. Long sebenarnya dipisahkan oleh satu jajaran bukit (bukit yang kami panjat). Jika dilihat dari TLC bukit tersebut masih lagi nampak kehijauan dan menarik minat untuk aktiviti-aktiviti fizikal. Berikut adalah gambar yang diambil dari TLC dan puncak bukit.


Manakala berikut adalah gambar yang diambil dari atas bukit menghadap ke Kuari Sg. Long. Aduh.


Kami tidak pasti adakah sepatutnya begitu alam yang indah diteroka, nampak cantik dari satu sudut dan nampak gondol di satu sudut lagi. Persoalannya adakah mendapat kelulusan dan pemerhatian dari pihak yang berkuasa.

Manakala sesetengah penduduk TLC percaya punca keretakan beberapa struktur rumah kami adalah berpunca dari aktiviti kuari Sg. Long.



Fikir kan lah.

1 ulasan:

  1. rakan saya yang tinggal di bandar mahkota yang berada berhampiran kuari sg long juga mengalami masalah struktur rumah retak. Beliau percaya punca keretakan struktur ini disebabkan oleh aktiviti-aktiviti kuari sg. long

    BalasPadam