Mesyuarat dimulakan tepat pada pukul 10:30 pagi dengan ucapan dari pengerusi jawatankuasa penaja PPTLC, En. Husin. Agenda seterusnya adalah pembentangan laporan kewangan bagi tahun 2008-2009 oleh bendahari, En. Nazrin dan disambung pula dengan laporan aktiviti PPTLC sepanjang 2008-2009 oleh En. Azahari.
Setiap laporan yang dibentangkan telah dibincangkan dan pelbagai soalan dan kemusykilan telah dijawab oleh jawatankuasa penaja PPTLC sebaik-baiknya. Warga PPTLC yang berpuas hati telah meluluskan laporan kewangan dan laporan aktiviti PPTLC bagi membolehkan Jawatankuasa Penaja PPTLC dibubarkan untuk pelantikan Jawatankuasa PPTLC baru.
Setelah dibubarkan, mesyuarat telah dikendalikan oleh En. Fuad sebagai fasilitator bagi pelantikan jawatankuasa baru. Beberapa cadangan dan perbincangan diadakan dan hasilnya jawatankuasa baru bagi sesi 2010-2011 telah dibentuk seperti berikut:

Yang DiPertua : En. Nik Zuhailan
Timbalan Yang DiPertua : En. Mohan
Setiausaha : En. Shahrizal
Penolong Setiausaha : Pn. Aniza
Bendahari : En. Nazrin
Penolong Bendahari : En. Zairol
Pemeriksa Kira-kira : Pn. Aznur Kama
Penolong Pemeriksa Kira-kira : En. Hashim
AJK Keselamatan : En. Azahari
Dari senarai diatas nampaknya beberapa muka lama telah dikekalkan. Ini menunjukkan yang jawatankuasa penaja telah berjaya melaksanakan tugas-tugas mereka dengan baik bagi sesi 2008-2009.
Tugas jawatankuasa yang baru telah dimulakan dengan ucapan dari Yang DiPertua, En Nik dimana beliau dan rakan-rakan jawatankuasa akan cuba memikul tanggungjawab yang telah diberikan dan berharap warga TLC akan membantu jawatankuasa sepanjang sesi 2010-2011.
Agenda diteruskan dengan cadangan, usul dan perbincangan bagi agenda dan aktiviti PPTCL bagi sesi 2010-2011. Usul seperti keselamatan, ketenteraman, muafakat dan kewangan telah dibincangkan oleh semua yang hadir.
Mesyuarat Agung PPTLC ditangguhkan pada pukul 1:00 petang. AJK PPTLC akan mengadakan mesyuarat berasingan untuk melantik 6 lagi ahli jawankuasa bagi melengkapkan Jawatankuasa PPTLC.
Kami warga PPTLC mengucapkan jutaaan terima kasih kepada Jawatankuasa Penaja PPTLC dan mengharapkan yang terbaik dari Jawatankuasa PPTLC yang baru.














terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada en.Nik zuhailan kerana telah dipilih utk menyandang jawatan tertingi dlm PPTLC iaitu Presiden PPTLC..melalui mesyurat agung baru2 ini..ini merupakan satu penhargaan buat kami semua selaku AJK...HIDUP NIK ZUHAILAN...moga ada pembaharuan dgn pemilihan baru ini...dan tahniah juga kpd semua ajk2..siapa lah ppltc tanpa diri mu..-AZHARIE
BalasPadamselaku AJK saya ingin menyaran kan kpd semua penduduk supaya memupuk semangat kejiranan yang jitu didalm diri anda..dan sentiasa lah berterloransi sesama kita....terutama nya dlm perihal keselamatan ada gak yang pada dasar nya tak bersetuju...yg mana tak bercampur dgn penduduk tu berjinak jinak lah supaya hidup ini lebih bermakna...
BalasPadamyang pelik nye kita2 ni..selalu lebih selesa brcakap belakang dari berterus terang tu yang buat kurang sihat nye...buat meting ada yg tak datang plak.. kalu datang pun bkn nak suarakan apa yg patut...pastu merungut je tak sudah...merungut lak mengalah kan dari orang yg sepatutnya...ishhhh..ishhhh
BalasPadambagus juge langat ceria ni..sb ibu2 pun ada main peranan tu yg bagus...tahniah juge kpde mereke
BalasPadam